Saturday, January 10, 2009

OURS TRIP

camp site
pian dapat ikan tilam/poteng
pok kar on the port...

ni la malam2 kita orang...aku juru gambar...survival beb...
ni pidi,pok kar n fuad duk posing dengan cucu ikan toman di bawah jambatan sungai buluh nipis...tasik kenyir...malam 2 kita orang kena pukul ribut nasib baik tak melayang khemah...kalau tak...ntahla..
nila 1pemandangan di terengganu mati..tempat yang tersohor dengan ikan kelah tu....
ni 1st trip kami...pok kar tidur atas tanah je..kami semua pun sama rr....
ni aku...komander trip ni....
ni plak pian..ntahla dia cari pe kat dalam sungai tu...

Untuk pengetahuan semua..bukan senang nak dapatkan crew untuk menyertai sesuatu trip atau ekpedisi…untuk Berjaya dalam sesuatu trip beberapa elemen perlu ada seperti semangat berpasukan, kemahiran ikhtiar hidup, ketahanan fizikal dan mental dan juga memerlukan perbelanjaan yang besar.

Aku cukup bangga kerana dapat crew yang mempunyai keseluruhan elemen tersebut. Untuk menganjurkan Sesutu trip bukan suatu perkara yang mudah.pengorbanan semua crew sangat penting. Dari trip yang pertama sehinggalah trip yang terbaru aku rasa begitu gembira sekali kerana semangat remaja itu aku lihat dalam crew laynext fishing club. Memang payah dan sukar untuk kembali bersama lagi selepas ini. Untuk sama-sama mengharungi nikmat hidup remaja. Suka duka kami harungi bersama. Selalu terlintas di kepala aku bila kita semua sudah ada kehidupan masing-masing nanti. Adakah kita dapat bersama semula??

Kemana plak cite aku ni….hehehehe…aku cite jela ek..

Aku ingin kenalkan korang semua dengan ketua kelab iaitu fuad. Dia memang seorang yang amat ceria, mudah didampingi.kreatif dan banyakla. dialah penggerak utama kelab ni..cukup bertanggungjawab..tak pernah mengeluh dan yang penting orang lama dan berpengalaman..hahahahaha..kau dah tua ad..bl nak kawin dengan datin..dah kawin nanti susah aku nak ajak kau join trip..huhuhu..

Crew yang kedua, pok kar..pok kar adalah seorang yang sangat bersemangat dan berani.aku tabik kat kau kar..dalam trip dialah orang yang sangat peka dengan keadaan sekeliling. Menjaga keselamatan kami dan membuat keputusan dengan tepat..

Crew ketiga, pian(Rambo). Pian merupakan orang yang sangat penting dalam hutan. Otak kreatif bro..macam ramboo..buat senduk dari buluh..meja makan dan gajet lain.dan engko orang yang banyak pengalaman..kau tak banyak songeh..kau buat je keje kau…memang hebat..

Crew keempat ialah pidi..aku minta maaf dengan kau dd..engko je asyik masak untuk kami..tanpa engko kita orang tak dapat makanla…hahahaha..pidi ni juga seorang yang bertanggungjawab dan amat berpengalaman dalam aktiviti memancingni.

Dan yang kelima ialah aku sendiri(lias)..aku hanya tunjuk jalan dan penasihat je. P aku bangga dengan korang semua. akan ku lipat kenangan kita bersama hingga akhir hayat aku. aku dapat bayangkan lepas kita grad nanti 2010..kita sukar untuk bersama lagi..tapi aku harap korang semua jangan lupa deti k yang kita harungi bersama. Semangat setia kawan yang kita tunjukkan hari ini, kita jangan lupakan dan teruskan..tanpa korang semua tripni tak menjadi dan tiada erti langsung. Walau hasil tangkapan tidak memberangsangkan tp aku puas hati coz saat2 remaja aku dengan korang aku tempuhi dengan begitu istimewa sekali. aku tau saatni hanya sekali je dalam hidup ini. Terima kasih semua..

lupa...aku nak cite sket je...trip pertama..pada trip pertama kita orang takde pe2 halangan...cuma sukar nak cari port je coz ramai sangat kaki pancing..ada yang datang dari k.lumpur n merata tempatla.

2nd trip...2nd trip memang banyak dugaan..mula2...motor fuad pancit...yang kedua..hujan dan jalan licin..2 pada hari pertama je..hari kedua..gajah ada berhampiran..apa lagi kita orang cabutla...kecut perut tau..lepas tu tengah malam khemah kita orang dipukul ribut plak..dan hari last motor pok kar kehabisan minyak...kalaulah crew tak penyabar..aku tak taula..diorang tak serik...nak g jugak lagi..aku tabik dengan korang semua..terima kasih la coz korang semua sporting...aku suka memancing dengan korang semua.

Dan akhir sekali kepada semua crew lain yang terlibat seperti ijat,seril,yo,pije,p-rol,fifi, apih dan yang lain-lain lagi, aku ucpkan syabas kat korang. korang sangat bersemangat.

Wednesday, January 7, 2009

ni la port nak pancing baung besar2..belida...sebarau dan toman......tryla p nak air sungai yang mengalir ketasik kenyir tu keruh dan masa tu hujan...jarang aku, abang aku, dan pak cik peein kecewa..n yang terbaru laynext fishing club crew...tak kecewa...nati aku update korang gambar crew laynext yang terbaru...in progress..

ni mat ya adik aku..yang dulu pernah kerja kat kenyir..kaki pancing jugak..

al-kisah tentang ular

aku di lahirkan pd tahun 1986..masa 2 empangan kenyir dalam proses pembuatan kot..aku agak2la cz dia buat sekitar tahun 80-an..sebelum tahun 80 an my mum keje kat ladang kelapa sawit kat situ(sekarang pengkalan gawi)..di kata sungainya cantik..banyak ikan..ada batu2 yang besar2 dan cantik..that the intro..

pe yang aku nak shared kat korang pasal ular kan?...mak aku kata dulu ada ular yang besar kat sungai tu(sungai terengganu)..ular 2 nama "ular mak bidal"..aku pun tak tau kenapa pgil cm2..p mak aku kata bentuk dia macam tikar..orang nampak pun buih2 je...aku kurang pasti rrr coz aku masa 2 tak sampai ke bumi lagi...

n the latest story plak dtg dari kaki pancing kampung aku...diorang terserempak dengan suatu makhluk...besar...bayangkan kayu yang terpacak kat tasik tu tumbang kerana dilanggarnya..pada bulan disember 2008..new tragedi..nasib baik diorang sempat naik ke darat..dulu dalam awal tahun 90-an diorang pernah terserempak sekali..diorang kata benda tu hitam n panjang berenang dalam air..ni abang(bergambar dengan ikan kelah) aku sendiri yang cite. diorang naik ke darat dengan cepat.diorang kaki pancing dan perintis lubuk2 baru bagi kaki pancing kampung aku. kg pelong setiu..

tapi lain pula dengan cite adik aku..dia kerja driver bot pelancong kat chalet musang n selalu bawa pelancong...tak pernah terserempak..tp jumpa ular besar2 tu biasala..

aku harap kaki pancing yang baru nak mencuba baik hati2...p orang kat situ dah biasa..p aku tak tau dirang jumpa ke takk...wassalam...

Monday, January 5, 2009

pemandangan yang indah2 belake...sapa2 y nak lepas tension, penat keje, penat study,gaduh dengan bini..gaduh dengan bf/gf...blehla lepak2 kat sini..nyaman n menenangkan jiwa...

cabang jalan terengganu mati

Buat semua kaki-kaki pancing yang suka memancing kat tasik kenyir yang suka memancing berumpankan cacing dan suka memburu ikan "peras", lampan dan juga baong aku cadangkan korang semua sewa bot kat jeti di jambatan harimau/sungai terengganu. bagitau kat tekong bot nak pergi buru ikan tue..

satu nasihat aku kat korang semua...kau orang kena bawa semua peralatan memancing secukupnya..nak lagi hebat korang bawa pukat..tp waspada dengan operasi jabatan perikanan..huhuhuhu...

bagi yang suka memancing ikan kelah pula..tryla pegi kat terengganu mati...jalannya melalui jalan k.berang-gua musang...kau orang cari sendiri...senang je..kereta boleh park hingga tepi sungai...jangan tak cuba. nak cuba?????

ni ada beberapa petua:
  • dari segi umpan, umpannya dibuat daripada buah kelapa sawit yang dijeruk selama beberapa malam..bau brooo..guna yang tu.
  • ikat kelapa sawit pada mata kail..
  • jangan bising sangat.aa
  • sabar

laynext fishing kelab di anggotai oleh beberapa orang crew. antaranya ialah:
  1. tuan najwa fuad(YDP LAYNEXT FISHING CLUB)
  2. mohd alias
  3. abu bakar
  4. rupidi
  5. pian
  6. nasrun
  7. seril
  8. ejat
  9. pije
  10. fifi
  11. apih
  12. p-rol

tangkapan 30.11.2008













   

ni sejumlah ikan naik ''ngepas" telor kat sungai kecil yang kami dapat....lampan dan terebu..

ni aku dapat sekor ikan sebarau kat tasik kenyir...

Sunday, January 4, 2009

kembara laynext fishing club crew

kembara crew laynext fishing club..kami buat survey tempat dan menganjurkan trip untuk kelab memancing..ada juga sedikit pics...